Thursday, November 17, 2011

Keputusan Perlawanan Sukan Sea 2011 - Malaysia VS Indonesia

Tarikh : 17 November 2011

Ok,senang cerita Malaysia menang dengan jaringan 1-0 timasehhhhhh!!!!!!

Jaringan oleh Syahrul ape ntah, tak kira arr yang pasti dorang menang hehe.

Cumanya,komen-komen mostly bukan pasal game cantik or what, most of them komen pasal penyokong yang teruk-teruk, pengadil.

Kisah-kisuh mereka :

- Bermula dengan kes PENYOKONG MALAYSIA TIDAK DIBENARKAN MASUK STADIUM.

~ ok sangat-sangat tak masuk akal. Kononnya bagi mengelakkan sebarang kecederaan penonton, dikhuatiri penyokong Malaysia dan Indonesia akan bergaduh selepas tamat perlawanan.

- Isu penyokong Indonesia TAK HORMAT LAGU NEGARAKU.

~ yang ni aku pun taktau la nak cakap camna. Sepatutnya kita kena respect la pasukan negara luar yang datang negara kita. But this time masa lagu Negaraku dimainkan, penyokong indonesia yang memenuhi stadium dok pakat booo ramai-ramai. Macam tak berapa nak elok ja.

- Banner GANYANG MALAYSIA

~ Haha seriously aku teringat kat soalan SPM Sejarah,pasal Ganyang Malaysia ni. Cuma seelok-eloknya, bagi la banner yang beri semangat kat pasukan sendiri, bukan nak cari gaduh dengan pasukan lawan.

- Pengadil TAK ADIL

~ player Indonesia betul-betul dah macam Garuda tak makan 100minggu, tackle sana-sini. Tapi pengadil langsung tak bagi kad apa-apa. Yang kena kad pulak lagi la pelik, cuba teka sapa?
ONG KIM SWEEEEEEE  (jurulatih Malaysia)

Ok2, jom lupakan semua tu. Bola sepak ni sejenis sukan, so kena professional la. Kita tak suka Indonesia maki-maki Malaysia, kutuk Malaysia, buat benda tak adil.
~Dalam masa yang sama janganla kita nak maki mencarut semua jugak, bukan ke sama je tindak laku kita kalo kita pun mencarut macam tu sume.

see, kita menang dengan adil, that is our PRIDE  :)

Congratulation Harimau Muda :)

4 comments:

  1. go harimau malayaaaaaaaaa!!!..adeh rasa malu pula dengan Indonesia ni..

    ReplyDelete
  2. apapun puas hati dan tahniah kpd harimau muda yg dpt turunkan ego puak-puak yg x hormat lagu kebangsaan kita ni, ke tahap terendah, doa sama-sama emas dpt dipertahankan go harimau muda/harimau malaya...

    ReplyDelete
  3. Kali ni kalah pasal laser ke? hahaha harap MSN dapat hantar nota bantahan kepada penganjur perihal penyokong diorg ni...

    ReplyDelete
  4. hahaha best arr baca komen2 ni.kalo ada laser time game tu memang canggih giler arr penyokong malaysia bawak laser yg boleh pancar dari luar stadium ke dalam haha

    ReplyDelete