Friday, November 25, 2011

Mimpi bukan sekadar imaginasi, mimpi itu PASTI !

Dulu aku pernah bermimpi......


...untuk menjadi sorang penyanyi.Aku memang meminati bidang nyanyian dan alhamdulillah,Allah kurniakan aku suara untuk menyanyi.Ramai sahabatku mengatakan suara aku unik dan sedap,tapi aku masih kurang yakin akan kata-kata mereka.Mungkin mereka sekadar menjaga hatiku sahaja.Tapi aku teringin membuat persembahan di atas pentas,di hadapan para penonton.Sering sahaja aku menonton pertandingan nyanyian,dan kadang-kadang aku rasa ingin bertanding dengan mereka.Sehingga suatu ketika,aku berpindah ke sebuah sekolah berasrama penuh.Seniorku mengarahkan aku untuk menyayikan sebuah lagu.Aku hanya mematuhi arahan.Kebetulan ketika itu salah seorang dari senior tersbut merupakan penyanyi solokumpulan nasyid sekolah tersebut.Lalu aku dilamar untuk menyertai kumpulan nasyid tersebut.Apabila aku memasuki tingkatan 5,aku telah dilantik menjadi ketua kumpulan nasyid tersebut dan menjadi penyanyi utama.Sejak dari hari itu,aku sering dipanggil membuat persembahan untuk majlis-majlis baik formal mahupun tidak,sehinggalah aku belajar di luar negara ini....








Bila mimpi jadi realiti....




Dulu aku pernah bermimpi.....
....Untuk menjadi seorang Ketua Tukang Masak di hotel 5 bintang.Walaupun itu erupakan pilihan kerjayaku yang ke3,tapi aku lbih menggemari bidang masakan berbanding perubatan dan juruterbang.Aku gemar menonton rancangan masakan yang dikendalikan oleh chef-chef terkemuka seperti Chef Wan,tapi aku memang anti Chef Ismail,au pun tak tahu kenapa hahaha...Aku telah merancang dengan teliti perjalanan hidupku selepas SPM,aku mhu mengambil kursus masakan selam 3 bulan.Kemudian aku akan bekerja di mana-mana hotel 5 bintang sebagai cook(kuli kepada chef).Dan aku yakin suatu hari nanti ak pasti mengambil alih tempat chef tersebut.Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Aku langsung tak dapat mengikuti mana-mana kursus masakan disebabkan kewangan keluargaku yang serba kekurangan.Setelah tamat SPM,aku membuat keputusan untuk bekerja di sebuah restoran Pattani.Aku bekerja sebagai pelayan.Kerjaku mudah,ambil order,hantar makanan,lap meja,lebih kurang yang tu je lah..tapi...aku bertuah kerana pekerja dan bos restoran tersebut mesra dan baik-baik belaka.Setiap malam tukang masak restoran tersebut mengajarku menu baru.Aku bekerja di restoran itu selama 2 bulan setengah.Tamat tempoh pekerjaan,aku telah mempelajari lebih kurang 20 jenis nasi goreng,masakan lauk-pauk untuk ayam dan daging,sayur dan juga masakan special untuk ikan seperti Ikan 3 rasa,Sweet n Sour dan macam-macam lagi.Kini,aku merupakan pelajar bidang perubatan yang bakal membuka restoran sendiri pada suatu hari nanti insyaAllah.....


Dan kini aku sedang bermimpi....

...untuk menjadi seorang muslim yang sentiasa patuh pada ajaran agama.Aku mahukan kehidupan yang sempurna,impikan seorang isteri yang dicintai,keluarga yang menyayangi,pekerjaan yang bagus,rumah yang selesa,dan yang paling penting,kehidupan dan suasana islam..Tapi adakah aku layak untu semua itu?Adakah aku hanya ingin menadah tangan tanpa usaha?Jika kita lihat dua mimpiku di atas,aku berusaha keras untuk mengecapinya,tapi Allah memberi dalam bentuk yang lebih indah walaupun tersirat.Tapi mimpiku yang kali ini takkan kukecapi tanpa istiqamah.Adakah aku menunaikan solat subuh di masjid?Bangunkah aku di sepertiga malam untuk beribadah?Tak perlu pergi jauh...adakah amalanku diterima Allah?tanya soalan ini pada diri kita.Aku harap kamu semua mempunyai mimpi yang sama dengan ku.Ingat,tiada insan yang sempurna dalam dunia ini.Sedangkan Rasulullah SAW yang kita aggap hamba Allah yang sempurna imannya,dijanjika syurga Fidaus,junjungan tidak pernah meninggalkan solat,sentiasa bangun di malam hari untuk beribadah.Itu Rasulullah yang dijanjikan syurga teratas...apatah lagi dengan kita?Yang hanya dijanjikan kematian..cukupkah amalan kita?Jangan kerana kita Islam,kita mencaci agama lain mengatakan mereka salah dan confirm masuk neraka,kerna Allah maha Adil...jika kita tidak beribadah padaNya,bukankah kita juga sama seperti kafir?renungkanlah bersama....

Aku menulis bukan demi mendapat nama,tapi sekadar perkongsian bersama....

salah silap harap ditegur.....

9 comments:

  1. alhmamdulillah ..

    nah bang bule uda la ni masak untuk b hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha bule bha kalo kooooouuuuuuu :D

    ReplyDelete
  3. salam..
    buat pengetahuan shbt2 n pembaca blog ni sekalian... saudara ilham ellani iaitu penulis blog ini telah kembali ke rahmatullah pada 3.12.2001. semalam pda pukul 3.15ptg waktu jordan kerana acute myeloid leukimia.. al fatihah...

    ReplyDelete
  4. pembetulan. 3.12.2011..
    innalillah... ~_~

    ReplyDelete
  5. "Itu Rasulullah yang dijanjikan syurga teratas...apatah lagi dengan kita?Yang hanya dijanjikan kematian..cukupkah amalan kita?"

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  6. Dan kini aku sedang bermimpi....

    ...untuk menjadi seorang muslim yang sentiasa patuh pada ajaran agama.Aku mahukan kehidupan yang sempurna,impikan seorang isteri yang dicintai,keluarga yang menyayangi,pekerjaan yang bagus,rumah yang selesa,dan yang paling penting,kehidupan dan suasana islam..Tapi adakah aku layak untu semua itu?Adakah aku hanya ingin menadah tangan tanpa usaha?Jika kita lihat dua mimpiku di atas,aku berusaha keras untuk mengecapinya,tapi Allah memberi dalam bentuk yang lebih indah walaupun tersirat.Tapi mimpiku yang kali ini takkan kukecapi tanpa istiqamah.Adakah aku menunaikan solat subuh di masjid?Bangunkah aku di sepertiga malam untuk beribadah?Tak perlu pergi jauh...adakah amalanku diterima Allah?tanya soalan ini pada diri kita(kata-kata yang jujur dan sangat menyedihkan hati,semakin lama semakin mengenal karya-karya mu membuat saya sadar diri bahwa hidup hanyalah batu loncatan,apaun cerita di dalamnya,itulah takdir kita,dan hendaknya dalam keadaan apapun,kita harus mengingat Tuhan,Selamat jalan kawan,semoga bisa bertemu lagi di dunia yang baru)al-fatihah

    25-jan-1991

    ReplyDelete
  7. i still visiting ur blog... Allah, tempatkan sahabat ku ini dalam kalangan yang beriman.

    ReplyDelete