Friday, November 25, 2011

Mimpi bukan sekadar imaginasi, mimpi itu PASTI !

Dulu aku pernah bermimpi......


...untuk menjadi sorang penyanyi.Aku memang meminati bidang nyanyian dan alhamdulillah,Allah kurniakan aku suara untuk menyanyi.Ramai sahabatku mengatakan suara aku unik dan sedap,tapi aku masih kurang yakin akan kata-kata mereka.Mungkin mereka sekadar menjaga hatiku sahaja.Tapi aku teringin membuat persembahan di atas pentas,di hadapan para penonton.Sering sahaja aku menonton pertandingan nyanyian,dan kadang-kadang aku rasa ingin bertanding dengan mereka.Sehingga suatu ketika,aku berpindah ke sebuah sekolah berasrama penuh.Seniorku mengarahkan aku untuk menyayikan sebuah lagu.Aku hanya mematuhi arahan.Kebetulan ketika itu salah seorang dari senior tersbut merupakan penyanyi solokumpulan nasyid sekolah tersebut.Lalu aku dilamar untuk menyertai kumpulan nasyid tersebut.Apabila aku memasuki tingkatan 5,aku telah dilantik menjadi ketua kumpulan nasyid tersebut dan menjadi penyanyi utama.Sejak dari hari itu,aku sering dipanggil membuat persembahan untuk majlis-majlis baik formal mahupun tidak,sehinggalah aku belajar di luar negara ini....








Bila mimpi jadi realiti....




Dulu aku pernah bermimpi.....
....Untuk menjadi seorang Ketua Tukang Masak di hotel 5 bintang.Walaupun itu erupakan pilihan kerjayaku yang ke3,tapi aku lbih menggemari bidang masakan berbanding perubatan dan juruterbang.Aku gemar menonton rancangan masakan yang dikendalikan oleh chef-chef terkemuka seperti Chef Wan,tapi aku memang anti Chef Ismail,au pun tak tahu kenapa hahaha...Aku telah merancang dengan teliti perjalanan hidupku selepas SPM,aku mhu mengambil kursus masakan selam 3 bulan.Kemudian aku akan bekerja di mana-mana hotel 5 bintang sebagai cook(kuli kepada chef).Dan aku yakin suatu hari nanti ak pasti mengambil alih tempat chef tersebut.Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Aku langsung tak dapat mengikuti mana-mana kursus masakan disebabkan kewangan keluargaku yang serba kekurangan.Setelah tamat SPM,aku membuat keputusan untuk bekerja di sebuah restoran Pattani.Aku bekerja sebagai pelayan.Kerjaku mudah,ambil order,hantar makanan,lap meja,lebih kurang yang tu je lah..tapi...aku bertuah kerana pekerja dan bos restoran tersebut mesra dan baik-baik belaka.Setiap malam tukang masak restoran tersebut mengajarku menu baru.Aku bekerja di restoran itu selama 2 bulan setengah.Tamat tempoh pekerjaan,aku telah mempelajari lebih kurang 20 jenis nasi goreng,masakan lauk-pauk untuk ayam dan daging,sayur dan juga masakan special untuk ikan seperti Ikan 3 rasa,Sweet n Sour dan macam-macam lagi.Kini,aku merupakan pelajar bidang perubatan yang bakal membuka restoran sendiri pada suatu hari nanti insyaAllah.....


Dan kini aku sedang bermimpi....

...untuk menjadi seorang muslim yang sentiasa patuh pada ajaran agama.Aku mahukan kehidupan yang sempurna,impikan seorang isteri yang dicintai,keluarga yang menyayangi,pekerjaan yang bagus,rumah yang selesa,dan yang paling penting,kehidupan dan suasana islam..Tapi adakah aku layak untu semua itu?Adakah aku hanya ingin menadah tangan tanpa usaha?Jika kita lihat dua mimpiku di atas,aku berusaha keras untuk mengecapinya,tapi Allah memberi dalam bentuk yang lebih indah walaupun tersirat.Tapi mimpiku yang kali ini takkan kukecapi tanpa istiqamah.Adakah aku menunaikan solat subuh di masjid?Bangunkah aku di sepertiga malam untuk beribadah?Tak perlu pergi jauh...adakah amalanku diterima Allah?tanya soalan ini pada diri kita.Aku harap kamu semua mempunyai mimpi yang sama dengan ku.Ingat,tiada insan yang sempurna dalam dunia ini.Sedangkan Rasulullah SAW yang kita aggap hamba Allah yang sempurna imannya,dijanjika syurga Fidaus,junjungan tidak pernah meninggalkan solat,sentiasa bangun di malam hari untuk beribadah.Itu Rasulullah yang dijanjikan syurga teratas...apatah lagi dengan kita?Yang hanya dijanjikan kematian..cukupkah amalan kita?Jangan kerana kita Islam,kita mencaci agama lain mengatakan mereka salah dan confirm masuk neraka,kerna Allah maha Adil...jika kita tidak beribadah padaNya,bukankah kita juga sama seperti kafir?renungkanlah bersama....

Aku menulis bukan demi mendapat nama,tapi sekadar perkongsian bersama....

salah silap harap ditegur.....

Wednesday, November 23, 2011

Aku.Youtube.Acapella

Assalamualaikum allz!

~what's up everyone?? for sure la sehat ye dok, kalo tak takdela korang menghadap lappy stalk blog orang.

Ok, again and again, i really-really appreciate  28 orang yang dah follow blog nih, i know it's still far away, but i'll give my best shot wokeyh.

Soooo, straight away aku nak gitau kisah aku and youtube ni. Antara perkara yang anda perlu tahu :

1 . Aku jeles dengan Najwa Latiff
2 . Aku sangat minat Faizal Tahir
3 . Aku dari dulu buat show nasheed, but jiwa aku more to slow rock (YEAAAAHHHHH!!!)
4 . Aku sangat-sangat minat A Capella songs
5 . Aku tak pernah join kelas vokal
6 . Aku punya mama cakap suara aku macam ayam kena sembelih
7 . Bapak arr sume nak gitau susah arr, by time korang kenal la aku camne

Ohyeahh, nak cerita pasal penglibatan aku dalam youtube or gelaran yang digunakan para 'artis' , 'Youtuber' hehe.
Aku start dari FB. Kerja aku buat video acapella multitrack then upload kat fb, then tag semua friends. So my friends yang 'supportive' pun adala komen-komen, 'like' video tu.

~Somehow....aku tak tau berapa orang yang dah tengok video tu. Coz ada setengah orang kedekut sangat nak leave comment, like pun taknak.

Sooooo, i've decided to create a Youtube Account. Dari situ aku dapat tengok berapa orang exactly yang tengok videos akus.

And i know, sangat-sangat susah nak dapatkan viewer yang ramai. Kalo viewer dah lebih 300 orang pun aku dah syukur giler-giler dah.
And that's why terhasilnya point yang pertama seperti di atas (-_-)" (coz viewer dia beratus ribuuuuuuu)

But whatever it is, ada sorang my friend ni, dia always cakap "Do something coz you love it, not to get fame"... so aku pun teruskan kerja upload-mengupload nih even viewer tak ramai tapi tiap kali upload hati rasa happy gila hahaaha ...ok (-_-)"

So ni antara video yang aku dah upload, this is an example of Multitrack Acapella. (alaa mcm Mike Thompkins tuuu)


p/s : haha i know i know, it's not that good, but i've put a lot of effort on this stuff. So once it's done, i felt relieve and thankfull hehe. Enjoy people , spread the love!  Assalamualaikum ;)

Thursday, November 17, 2011

Keputusan Perlawanan Sukan Sea 2011 - Malaysia VS Indonesia

Tarikh : 17 November 2011

Ok,senang cerita Malaysia menang dengan jaringan 1-0 timasehhhhhh!!!!!!

Jaringan oleh Syahrul ape ntah, tak kira arr yang pasti dorang menang hehe.

Cumanya,komen-komen mostly bukan pasal game cantik or what, most of them komen pasal penyokong yang teruk-teruk, pengadil.

Kisah-kisuh mereka :

- Bermula dengan kes PENYOKONG MALAYSIA TIDAK DIBENARKAN MASUK STADIUM.

~ ok sangat-sangat tak masuk akal. Kononnya bagi mengelakkan sebarang kecederaan penonton, dikhuatiri penyokong Malaysia dan Indonesia akan bergaduh selepas tamat perlawanan.

- Isu penyokong Indonesia TAK HORMAT LAGU NEGARAKU.

~ yang ni aku pun taktau la nak cakap camna. Sepatutnya kita kena respect la pasukan negara luar yang datang negara kita. But this time masa lagu Negaraku dimainkan, penyokong indonesia yang memenuhi stadium dok pakat booo ramai-ramai. Macam tak berapa nak elok ja.

- Banner GANYANG MALAYSIA

~ Haha seriously aku teringat kat soalan SPM Sejarah,pasal Ganyang Malaysia ni. Cuma seelok-eloknya, bagi la banner yang beri semangat kat pasukan sendiri, bukan nak cari gaduh dengan pasukan lawan.

- Pengadil TAK ADIL

~ player Indonesia betul-betul dah macam Garuda tak makan 100minggu, tackle sana-sini. Tapi pengadil langsung tak bagi kad apa-apa. Yang kena kad pulak lagi la pelik, cuba teka sapa?
ONG KIM SWEEEEEEE  (jurulatih Malaysia)

Ok2, jom lupakan semua tu. Bola sepak ni sejenis sukan, so kena professional la. Kita tak suka Indonesia maki-maki Malaysia, kutuk Malaysia, buat benda tak adil.
~Dalam masa yang sama janganla kita nak maki mencarut semua jugak, bukan ke sama je tindak laku kita kalo kita pun mencarut macam tu sume.

see, kita menang dengan adil, that is our PRIDE  :)

Congratulation Harimau Muda :)

Thursday, November 10, 2011

Peminta Sedekah FAKE!

Assalamualaikum!

~Hey allz!

Ya Allah murahkan rezeki pembaca-pembaca entri kali ni tak kira la walau sorang je yang baca sekalipun.

Alright! Post kali ni kita nak cool down sikit dari post bengang hari tu.

So, aku nak cerita pasal peminta sedekah palsu. *bukan peminta sedekah yang memakai gigi palsu



Situasi : Pernah tak korang jalan kat kaki lima, tiba-tiba ada peminta sedekah duduk kat tepi begging kat korang "Anak, tolong makcik nak..makcik orang susah nak..da dua hari tak makan nasi nak.."

- Aku rasa for sure semua pernah kena situasi macam ni kan?... Tak pernah? Tipuuuu arrrr

- And sometimes masa kita kecik-kecik dulu, hati pun suci lagi murni malah bercahaya bak bidadari, kita pun nak bagi makcik tu beberapa duit syiling yang ada kat tangan.

-Kadang-kadang mak kita tak bagi sambil cakap "Eh takyah bagi duit kat dia, mama nampak malam semalam elok je dia balik naik motor dengan sorang laki ni, tipu ni!"

-So kita pun rasa serba salah ye dok?

-Kat restoran pun sama gak. Tengah elok-elok makan, datang lak budak kecik ni mintak sedekah "Bang, mintak duit bang, saya nak bagi mak saya makan, kami takde duit bang".

-The best part is, kalo peminta sedekah yang jenis datang kat restoran ni, dorang akan "serang"  pasangan laki and pompuan. So yang lelaki taknak la kena cop kedekut kat depan awek kan? haha sape kata peminta sedekah tak pandai? Strategy beb

-So orang asyik ambik langkah hati-hati and lastly makcik yang betul-betul perlukan bantuan tak dapat duit...

                                susah sangat nak dapat duit, korang tak bagi, aku serang planet ni!

Part Baik


Okeiiii... sekarang kita nak tengok pulak dari sudut yang lagi satu.

-1st of all, korang bersedekah atas niat ape? Nak membantu kan?

-Bila nak check sorang-sorang pengemis mana satu yang betol mana yang fake, sampai bila pun perasaan ragu-ragu tu tak hilang. Bila timbul ragu-ragu dalam ibadah, kan ke tak sah tu.

- What? Korang pun tak cukup duit? Then takyah la bagi. Sedekah yang paling baik apabila kita berkemampuan. So carilah kekayaan both, dunia and akhirat. Kaya kat dunia boleh bantu orang susah.

-Contohnya ada orang mintak sedekah kat tepi jalan, kalo tiba-tiba terniat hati nak bagi duit, bagi jela.

-Berapa yang korang nak bagi tu terpulang pada diri.

-Ape mamat tu buat dengan duit tu kita serah pada dia la. Yang penting hati tu kena ikhlas, baru amalan diterima ye dok.

-Kalo hati asyik nak meragui orang, memang takdelah korang nak sedekah-sedekah ni sume. Bukan bermaksud kita kena bagi duit kat semua pengemis, tapi kalo ada duit lebih beberapa sen, takde ruginya kalo bagi kat dorang pun.

p/s : Last but not least (cewaahh ayat SPM dowh haha), aku suka pegang kata-kata ni, "Sedekah ibarat main saham yang confirm dapat hasil, bezanya kita tak nampak hasil tu directly, ia akan datang secara tiba-tiba tanpa kita sedar". So guys...IKHLASKAN HATI KITA, MARI BERAMAL BERSAMA  :)



Wednesday, November 9, 2011

Post Tengah Bengang!

Assalamualaikum!
~Yowww everyone! Rasanya tak terlambat lagi nak wish, Selamat Hari Raya Adha to u allz!

Alright...
     ..post kali ni takde apa pun,aku just nak bagitau korang yang aku tengah bengang dengan sorang nih.

tapi takpelah, aku taknak cerita lebih-lebih, tak elok. So aku akan cerita kat korang "indirectly" dengan menggunakan lagu Coba, by Faizal Tahir.

FOKUS LIRIK BERIKUT!

"dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa"



"dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu"



"dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa"







p/s : Hargailah jasa kawan-kawan yang setia dengan korang. Jangan nak buat hal, sombong taknak dengar nasihat, sampai langgar perintah agama, langgar nasihat mak bapak.  Coz satu hari nanti bila korang ada problem and jauh dari semua orang, kawan korang yang paling setia tu jugak korang akan cari.Wallahualam...

Thursday, November 3, 2011

Wanita 1 Malaysia !

Assalamualaikum!

~wowowoo, bukan nak cerita pasal politik okay, aku cakap pasal politik kang.... haaaa elok senyap-senyap, amannn

Muqadimah :- Alright people! First of all, aku nak minta maaf sebab kurengs update blog.

Even followers baru 18 orang for now, puuunnnn dah ada yang bising-bising "lama giler lu tak update, hargailah 18 followers ni".

Yessss guys!!! I really-really appreciate you all, like SERIOUSLY!

But i'm sorry coz i got a lot of exams recently, so kita dahulukan yang lebih aula gitu ceewaaahhh ahahha

~Back to the topic! Why nak sebut tentang Wanita 1 Malaysia?
Ok, do you know who's this?



HAAAAA!!!! Ni la dia!!!
Kalo tak kenal jugak, let me introduce her to you.

-Nama dia Siti Hasreena Rosli
-Lebih dikenali sebagai Reena/ Kak Cheek/ Kecik
-Student Lim Kok Wing
-Penyanyi lagu "1 Malaysia - Ballad version"
-Turut serta dalam kumpulan choir Universiti Lim Kok Wing
-Bujang
-Status - it's complicated (tapi takpe,lihat point sebelum ni, anything can happen hehe)

Soooo, nak jadi cerita, aku memang minat gila dengan lagu ni yang versi balada.Coz vocal energy tu adoooiiii...memang...perghhh!!!

And the best part is.....AKU DAH JADI MEMBER NGAN DIA YEAYYYY!!!!



Hahaha... That was me in the 'Excited mode'. Coz that's how people act mannn, i will be more childish when talking to someone older than me. Coz i got the thought that girl will never have a deeper relationship with a guy who was younger than she was.

-So my favourite sentence was "Omg Omg Omg!!!",coz i think it's sounds GREAT!

-But it became worst...when she said that she's ABOUT to be 20 y.o NEXT YEAR!
-I'm older!!!

-So i changed my mode, from 'Excited mode' into 'Pale Dull mode'

-The favourite sentence now was "owh really? Good for you. InsyaAllah..."
-Sounds cooler (especially bila nak kontrol malu)

p/s : Hehe but seriously best dia nyanyi lagu tu. Those yang tak dengar lagi, boleh klik lagu tu kat bawah ni. Have a nice day you all!!!  ^_^\/